Seorang penuntut universiti awam, Muhammad Aidil Akmal Azhar (tengah), selaku orang kena saman (OKS), didenda RM10,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk video lucah menerusi akaun X miliknya tahun lalu.