Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melancarkan Endowmen Tuanku Canselor bagi menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan kebajikan untuk kecemerlangan universiti pada Majlis Jamuan Teh Tuanku Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Bersama Industri di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini. Turut bersama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (lima, kanan) berkenan menerima sumbangan dari Pahang Aerospace City (PACDM) oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Prof Muhamad Nurazmi Abas (empat, kiri) untuk Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada Majlis Jamuan Teh Tuanku Canselor UMPSA Bersama Industri di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.
Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (empat, kanan) dan turut bersama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (lima, kiri).
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bercakap kepada media selepas mengiringi Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Majlis Jamuan Teh Tuanku Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Bersama Industri di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA