Usahawan Nur Farrah Diba Azhar, 35, (kanan) bersama adiknya Nur Shatirah Azhar, 32, menunjukkan kuih bulan yang dihasilkan mereka sempena sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh di kedainya dekat Bandar Perda baru-baru ini.
Kuih bulan, manisan tradisional masyarakat Tionghoa yang sinonim dengan sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh, kini tampil dengan sentuhan moden apabila beliau memperkenalkan dua perisa baharu iaitu nanas dan coklat.
Farrah Diba berkata idea memperkenalkan perisa baharu itu tercetus hasil maklum balas pelanggan serta usaha memberi nafas segar terhadap kuih bulan yang biasanya berperisa telur kuning masin, buah teratai atau kacang merah. Beliau telah mengusahakan perniagaan kuih bulan dan kuih bakul lebih sedekad lalu.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Usahawan Nur Farrah Diba Azhar, 35, menunjukkan kuih bulan yang dihasilkan sempena sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh di kedainya dekat Bandar Perda baru-baru ini.
Kuih bulan, manisan tradisional masyarakat Tionghoa yang sinonim dengan sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh, kini tampil dengan sentuhan moden apabila beliau memperkenalkan dua perisa baharu iaitu nanas dan coklat.
Farrah Diba berkata idea memperkenalkan perisa baharu itu tercetus hasil maklum balas pelanggan serta usaha memberi nafas segar terhadap kuih bulan yang biasanya berperisa telur kuning masin, buah teratai atau kacang merah. Beliau telah mengusahakan perniagaan kuih bulan dan kuih bakul lebih sedekad lalu.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
Kuih Bulan Perisa Nanas Dan Coklat, Penuhi Citarasa Orang Muda