PASARAN

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

21/10/2025 02:20 PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi kerana para pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter perladangan dan perkhidmatan kewangan.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.16 mata atau 0.51 peratus kepada 1,617.34 daripada 1,607.18 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka tinggi 4.6 mata kepada 1,611.78 dan bergerak antara 1,609.02 dan 1,617.15 pada sepanjang sesi urus niaga pagi hingga tengah hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 740 berbanding 323 manakala 430 kaunter tidak berubah, 1,178 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.50 bilion unit bernilai RM1.29 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street meningkat pada Isnin, disokong oleh ketegangan antara Amerika Syarikat (AS)-China telah reda dan sikap optimis bahawa penutupan kerajaan AS yang sedang berjalan akan berakhir.

“Kami melihat beberapa minat belian dalam saham automotif dengan unjuran bawah kadar faedah akan turun pada depan, kami kekal optimistik tentang REIT dan sektor hartanah,” kata firma pembrokeran itu dalam satu nota penyelidikan.

Dalam saham wajaran tinggi, CIMB dan IHH Healthcare naik satu sen masing-masing kepada RM7.35 dan RM8.31, Public Bank menambah tiga sen kepada RM4.23, Tenaga Nasional meningkat 14 sen kepada RM13.24, manakala Maybank tidak berubah pada RM9.89.

Bagi saham aktif, EA Holdings dan Aizo tidak berubah masing-masing pada setengah sen dan lapan sen, Tanco dan VS Industry melonjak dua sen masing-masing kepada 88 sen dan 53 sen, manakala MMAG merosot 2.5 sen kepada 56.5 sen.

Antara kaunter paling untung, Nestle naik RM3.60 kepada RM108.60, Malaysian Pacific Industries meningkat RM1.08 kepada RM30.00, Hong Leong Industries menambah 24 sen kepada RM13.76, UMS Integration dan Ayer Holding menokok 20 sen masing-masing kepada RM4.68 dan RM7.49.

Kaunter paling rugi pula menyaksikan Dutch Lady Milk Industries merosot 46 sen kepada RM26.10, Batu Kawan turun 30 sen kepada RM19.00, Fraser & Neave berkurangan 12 sen kepada RM28.02, manakala Lianson dan Binastra menguncup tujuh sen masing-masing kepada RM2.13 dan RM2.25.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 78.53 mata kepada 12,083.44, Indeks FBMT 100 meningkat 70.81 mata kepada 11,812.83, Indeks FBM Emas Shariah menokok 113.91 mata kepada 12,171.18, Indeks FBM 70 menambah 151.06 mata kepada 17,159.00 manakala Indeks FBM ACE menokok 19.80 mata kepada 5,298.69.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 32.24 mata kepada 18,224.68, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.06 mata kepada 172.11, Indeks Tenaga meningkat 1.69 mata kepada 790.62 dan Indeks Perladangan melonjak 22.61 mata kepada 7,883.47.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2481035