PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

21/10/2025 10:21 AM

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan lebih tinggi pada sesi dagangan awal hari ini.

Pada jam 9.54 pagi, kontrak Oktober 2025 meningkat 12.5 mata kepada 1,616.0, November 2025 naik 12.0 mata kepada 1,615.5, Disember 2025 menokok 13.5 mata kepada 1,615.5 dan kontrak Mac 2026 meraih 13.0 mata kepada 1,598.0

Jumlah dagangan sebanyak 2,420 lot dan kepentingan terbuka sebanyak 42,665 kontrak.

Petunjuk utama pasaran FBM KLCI meraih 5.92 mata kepada 1,613.10 selepas 41 minit dagangan dijalankan berbanding paras 1,607.18 ketika ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2480929