PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal

22/10/2025 10:27 AM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan lebih rendah pada sesi dagangan awal hari ini.

Pada jam 9.30 pagi, kontrak Oktober 2025 susut 7.0 mata kepada 1,616.0, November 2025 turun 7.5 mata kepada 1,615.0, Disember 2025 berkurangan 8.0 mata kepada 1,613.5 manakala kontrak Mac 2026 menguncup 3.5 mata kepada 1,599.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,472 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 41,400 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI pula susut 1.65 mata kepada 1,615.18 selepas 48 minit dagangan dijalankan daripada paras penutupan Selasa  pada 1,616.83.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2481317