POLITIK

Permohonan Undi Pos PRN Sabah Dilanjut Hingga 27 Okt - SPR

22/10/2025 02:35 PM

KOTA KINABALU, 22 Okt (Bernama) -- Tarikh tutup permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dilanjutkan hingga 27 Okt ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan permohonan itu adalah bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia tinggal di luar negara) dan Kategori 1C (agensi/organisasi).

“Mana-mana pengundi yang layak di bawah Kategori 1B dan Kategori IC boleh memohon secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPR, untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, hubungi talian 03-8892 7080 atau 03-8892 7018 .

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2481443