AM

Tarif Semikonduktor, Perdagangan Akan Dibincangkan Semasa Lawatan Trump - Kagan

23/10/2025 12:59 PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Tarif semikonduktor, perdagangan, pelaburan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini adalah topik yang dijangka dibincangkan semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan.

Beliau berkata contohnya dari segi semikonduktor, Malaysia ialah rakan yang sangat penting bagi AS justeru terdapat pelaburan besar oleh kalangan syarikat AS dalam sektor itu, terutama yang menumpukan kepada rantaian bekalan barat.

“Saya boleh mengatakan wujudnya pengiktirafan terhadap peranan penting yang dilakukan oleh Malaysia. Jadi, tarif adalah antara topik yang akan dibincangkan semasa lawatan Trump,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Bernama di luar Dialog Digital AS-Malaysia di sini, hari ini.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2481866