Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, apabila aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan merangsang sentimen menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.27 mata kepada 1,613.27 daripada paras 1,608.0 pada Khamis.
Petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 0.97 mata kepada 1,607.03 dan bergerak antara paras 1,607.03 dan 1,615.30 sepanjang sesi dagangan.
Keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 610 berbanding 445 manakala 537 kaunter tidak berubah, 1,104 tidak diniagakan dan 12 digantung.
Jumlah dagangan menyusut kepada 2.98 bilion unit bernilai RM2.43 bilion daripada 3.44 bilion unit bernilai RM2.66 bilion pada Khamis.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pertemuan antara Trump dan Xi itu mungkin dapat mengurangkan kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan yang berterusan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.
“Bagi bursa tempatan, FBM KLCI kekal dalam fasa penstabilan dan kami menjangkakan sekiranya paras 1,630 dilepasi akan membuka jalan bagi kenaikan seterusnya,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM9.90, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.22, CIMB meningkat empat sen kepada RM7.37, dan Tenaga Nasional menokok 10 sen kepada RM13.22 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM8.33.
Dalam kalangan saham paling aktif, Perak Transit dan Tanco naik setengah sen masing-masing kepada 33.5 sen dan 88.5 sen, Zetrix AI susut 1.5 sen kepada 84 sen, Pharmaniaga turun satu sen kepada 25.5 sen, manakala TWL tidak berubah pada 2.5 sen.
Dalam kalangan kaunter paling untung utama, Malaysian Pacific Industries meningkat 28 sen kepada RM29.98, MI Technovation dan MISC naik 24 sen masing-masing kepada RM3.09 dan RM7.75, KESM menokok 23 sen kepada RM3.44 dan Petronas Gas menambah 20 sen kepada RM18.74.
Dalam kalangan saham paling rugi utama, United Plantations susut 42 sen kepada RM24.0, Ayer Holdings turun 38 sen kepada RM7.02, Fraser & Neave berkurangan 30 sen kepada RM28.16 dan Allianz menyusut 26 sen kepada RM17.88.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 39.97 mata kepada 12,071.0, Indeks FBMT 100 meningkat 36.66 mata kepada 11,803.59 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 32.44 mata kepada 12,146.69.
Indeks FBM 70 meningkat 45.17 mata kepada 17,170.98 dan Indeks FBM ACE menokok 47.26 mata kepada 5,292.66.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 59.37 mata kepada 18,204.63, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.62 mata kepada 171.91, Indeks Tenaga menokok 5.58 mata kepada 791.32, manakala Indeks Perladangan susut 8.46 mata kepada 7,909.29.
Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.56 bilion unit bernilai RM2.15 bilion daripada 1.90 bilion unit bernilai RM2.27 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran menyusut kepada 971.32 juta unit bernilai RM111.42 juta daripada 1.0 bilion unit bernilai RM120.24 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 447.39 juta unit bernilai RM172.25 juta daripada 544.53 juta unit bernilai RM268.54 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 3.73 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (304.54 juta), pembinaan (67.02 juta), teknologi (244.34 juta), perkhidmatan kewangan (60.48 juta), hartanah (197.82 juta), perladangan (27.39 juta), amanah pelaburan hartanah (18.16 juta), dana tertutup (3,500), tenaga (89.37 juta), penjagaan kesihatan (91.84 juta), telekomunikasi dan media (33.59 juta), pengangkutan dan logistik (28.78 juta), utiliti (26.45 juta), dan amanah perniagaan (600,900).
-- BERNAMA