Seramai 12 individu dilantik sebagai Ahli Lembaga Majlis Media Malaysia (MMM) pada Mesyuarat Agung Pertama badan itu hari ini, mewakili tiga kategori iaitu syarikat media, wartawan dan persatuan media serta orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bagi kategori syarikat media, mereka yang dilantik ialah bekas Pengerusi Interim MMM, C. Premesh, Pengarang Kumpulan Media Prima Bhd, Farrah Naz Abd Karim yang juga Anggota Majlis Penyeliaan Bernama Datin Paduka Esther Ng Sek Yee; dan Wong Yang Yong.
Sementara itu, bagi kategori wartawan dan persatuan media, mereka yang dilantik ialah Mohamad Fauzi Ishak, Mariah Airens Doksil, Mohd Ishak Abdillah Ngan dan Adie Suri Zulkefli.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA.