KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang wanita bagi membantu perbicaraan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya sedang mengesan Rohayu Ithnin, 45, dengan alamat terakhir di No. 68A, Jalan Hamzah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
“Keterangan saksi ini diperlukan dalam perbicaraan yang sedang dijalankan di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 Kuala Lumpur berkaitan laporan di Dang Wangi dan perbicaraan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi pegawai penyiasat Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Insp A.Amiza di talian 011-26530413.
-- BERNAMA