DUNIA

Rubio Akan Ke Kanada Untuk Mesyuarat Menteri Luar G7 Dari 11–12 Nov

10/11/2025 11:24 PM

WASHINGTON, 10 Nov (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio akan berkunjung ke Kanada dari 11 hingga 12 Nov bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7), menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Setiausaha Negara Marco Rubio akan melawat wilayah Niagara di Ontario, Kanada  dari 11 hingga 12 Nov untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Luar G7. Rubio akan mengukuhkan kepentingan AS dalam bidang keamanan dan keselamatan, kerjasama strategik, serta kestabilan global,” menurut kenyataan itu.

Sidang kemuncak itu dijangka meneruskan hasil perbincangan Mesyuarat Pemimpin G7 yang  berlangsung di Kananaskis, Kanada, awal tahun ini.

“Perbincangan akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh inisiatif keamanan Presiden Trump di Ukraine dan Gaza, keselamatan maritim, situasi di Haiti dan Sudan, daya tahan rantaian bekalan, serta sumber mineral kritikal,” menurut kenyataan itu lagi.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2489308