JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Hilang Dihanyutkan Kepala Air Berhampiran Pintasan Saloma - Bomba

18/11/2025 12:38 AM

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan seorang lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, berhampiran Pintasan Saloma, di sini petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, semasa mangsa hendak mengalih kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan berkenaan susulan sedang melakukan kerja-kerja penambahbaikan paip.

Beliau berkata semasa insiden itu terdapat 13 mangsa secara keseluruhan berada di bawah jambatan itu tidak sempat melarikan diri apabila kepala air sampai ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, 12 daripada 13 mangsa itu berjaya diselamatkan, terdiri daripada pemancing dan pekerja penambaikan paip,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguhkan 11 malam ini dan akan disambung semula 9.30 pagi esok.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemukan. Pasukan SAR yang terdiri daripada polis, bomba dan agensi lain akan menyambung pencarian pagi esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2492012