DUNIA

Terdapat 4 Kekurangan Dalam Resolusi UNSC Mengenai Gaza - Wakil China Di PBB

19/11/2025 06:50 PM

NEW YORK, 19 Nov (Bernama - CMG) -- Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong menyuarakan kebimbangan yang mendalam terhadap kekurangan yang wujud dalam satu resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang diluluskan melalui pengundian di sini pada Isnin.

Fu berkata, China menyokong UNSC mengambil semua tindakan yang diperlukan untuk menggalakkan gencatan senjata yang berkekalan di Semenanjung Gaza. Namun, resolusi yang berkaitan dengan gerak kerja pascaperang di Gaza itu kekurangan pendirian yang jelas mengenai banyak isu yang penting, gagal mencerminkan prinsip asas 'kemandirian dalam pentadbiran Palestin'" dan tidak menegaskan komitmen teguh terhadap pelaksanaan "Penyelesaian Dua Negara".

Selain itu, resolusi itu tidak memastikan penyertaan berkesan PBB dan Majlis Keselamatan, dan ia bukan hasil perundingan yang mencukupi dalam kalangan anggota UNSC.

Fu berkata, China mengundi sebagai berkecuali terhadap draf resolusi itu setelah mempertimbangkan situasi yang kritikal dan mendesak di Gaza, keperluan untuk mengekalkan gencatan senjata serta pendirian Palestin dan negara-negara serantau. 

Untuk rekod, UNSC pada Isnin meluluskan Resolusi No. 2803 yang digubal oleh Amerika Syarikat (AS) dengan 13 undi menyokong, sifar menentang, dan dua  undi berkecuali untuk mengesahkan "Pelan 20 Perkara” yang dicadangkan oleh AS  yang bertujuan menoktahkan konflik di Gaza.

– BERNAMA-CMG

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2492778