AM

Banjir: Pencawang Elektrik Di Wakaf Aik Masih Terjejas

24/11/2025 11:43 PM

KOTA BHARU, 24 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) masih menutup bekalan elektrik melibatkan pencawang elektrik di Wakaf Aik, Bachok.

TNB dalam kenyataan hari ini, memaklumkan penutupan masih dibuat demi keselamatan pengguna setempat.

“Kawasan sekitar pencawang terjejas akan terus mengalami gangguan bekalan elektrik buat sementara waktu.

“Selain itu, setakat 4 petang tadi beberapa pencawang elektrik telah diberikan bekalan elektrik sepenuhnya di sekitar kawasan Kota Bharu,” menurut kenyataan itu.

TNB memaklumkan untuk keselamatan semasa banjir, orang ramai diminta merujuk panduan keselamatan elektrik TNB.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2494812