DUNIA

Jumlah Pelaburan Luar China Duduki Tempat Ketiga Dunia

25/11/2025 04:26 PM

BEIJING, 25 Nov (Bernama-CMG) -- Jumlah pelaburan langsung China di luar negara dalam tiga suku pertama tahun ini merekodkan RMB923.68 bilion (RM538.19 bilion), mempertahankan kedudukannya di tempat ketiga di peringkat global, sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 4.4 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Menghadapi persekitaran luar yang kompleks dan berubah-ubah, pelaburan langsung China di luar negara mengatasi pelbagai cabaran dan menyaksikan pertumbuhan dengan meliputi 151 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Satu daripada perubahan penting dalam "berlayar ke luar" syarikat-syarikat China adalah peralihan pengeksportan dari produk kepada teknologi dan pelan solusi.

Di samping itu, "Made in China" tidak lagi hanya sinonim dengan kilang dunia, tetapi telah menjadi sumber penting bagi sistem perindustrian canggih di peringkat global.

Ahli penyelidik dari Insitut Penyelidikan Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Zhou Mi menyatakan bahawa kadar lelaran industri dan teknologi China lebih tinggi daripada tahap purata global, bahkan lebih tinggi daripada kebanyakan negara.

Menjelang akhir tahun 2024, China telah menubuhkan lebih daripada 50,000 syarikat di luar negara, menawarkan lebih dua juta peluang pekerjaan secara purata setahun.

Syarikat-syarikat teknologi tinggi China bukan sahaja telah mencapai penaiktarafan di dalam negeri, tetapi juga berkongsi manfaat dengan dunia melalui pembinaan kilang di luar negara.

– BERNAMA-CMG

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2495101