AM

Jambatan Pengkalan Asam Selamat Digunakan - JKR Perlis

26/11/2025 05:24 PM

KANGAR, 26 Nov (Bernama) -- Keretakan pada permukaan jalan di Jambatan Pengkalan Asam di sini tidak melibatkan kerosakan besar pada struktur utama jambatan sedia ada sekali gus laluan di jambatan itu selamat untuk digunakan. 

Menurut Jabatan Kerjaya Raya (JKR) Perlis dalam hantaran Facebook rasminya hari ini, tiada kejadian ‘scouring’ dikesan pada 'abutment' jambatan dan keretakan yang berlaku hanya melibatkan 'approach road' serta ruang 'expansion joint' jambatan.

"Buat masa ini, tindakan pembaikan sementara hanya boleh dilaksanakan oleh pihak jabatan memandangkan faktor cuaca semasa bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna di laluan berkenaan.

"JKR akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dengan kaedah yang bersesuaian dalam kadar segera bagi mengelakkan kemasukan air ke ruang keretakan yang boleh menyebabkan kerosakan sedia ada menjadi lebih teruk," menurut hantaran itu. 

Pihak JKR Perlis akan menjalankan pemantauan berterusan dari semasa ke semasa termasuk pemeriksaan lanjutan terhadap keretakan di tapak pada petang ini.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2495600