MOSCOW, 11 Dis (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Rusia bertegas mahukan satu pakej perjanjian bagi mencapai keamanan berkekalan dan mampan di Ukraine, termasuk jaminan keselamatan kepada semua pihak berkepentingan, kata Menteri Luar Sergey Lavrov pada Khamis, menurut Sputnik/RIA Novosti.
“Kami menegaskan bahawa pakej perjanjian perlu dimuktamadkan bagi mencapai keamanan yang berkekalan, mampan dan jangka panjang dengan jaminan keselamatan kepada semua negara terlibat. Perbincangan kami dengan Presiden AS [Donald Trump] dan pasukannya adalah mengenai perkara ini -usaha mencari penyelesaian jangka panjang untuk menghapuskan punca utama krisis ini,” kata Lavrov pada sesi perbincangan meja bulat di sebuah kedutaan berhubung penyelesaian krisis Ukraine.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI