PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Tinggi

12/12/2025 11:22 AM

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat pada sesi awal dagangan hari ini.

Pada jam 9.35 pagi, kontrak Disember 2025 naik 1.5 mata kepada 1,630.5, Januari 2026 menokok tiga mata kepada 1,635.0, Mac 2026 menambah 0.5 mata kepada 1,616.0 manakala Jun 2026 meraih empat mata kepada 1,622.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,247 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 38,193 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI naik 3.72 mata selepas 40 minit dagangan dijalankan kepada 1,629.11, berbanding 1,625.39, semalam.

-- BERNAMA   

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2501660