PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Dagangan Awal

11/12/2025 10:40 AM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal pada Khamis.

Pada 9.35 pagi, kontrak Disember 2025 menyusut 2.5 mata kepada 1,609.5, Januari 2026 merosot dua mata kepada 1,613.5, Mac 2026 susut 2.5 mata kepada 1,595.5 manakala Jun 2026 naik dua mata kepada 1,606.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,236 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 38,343 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 1.31 mata selepas 40 minit dagangan kepada 1,612.31 daripada 1,611.00 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA  

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2501187