KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif pasaran tunai.
Pada penutup, kontrak Disember 2025 meningkat 16 mata kepada 1,645.0, Januari 2026 melonjak 15.5 mata kepada 1,647.5, Mac 2026 naik 16.5 mata kepada 1,632.0 dan Jun 2026 bertambah 14 mata kepada 1,632.0.
Jumlah dagangan menyusut kepada 7,158 lot berbanding 7,790 lot yang dicatatkan pada hari Khamis, manakala kepentingan terbuka jatuh ke 43,035 kontrak daripada 43,756 sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 12.42 mata atau 0.76 peratus, kepada 1,637.81 daripada 1,625.39.
-- BERNAMA