PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

19/12/2025 11:10 AM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka lebih kukuh pada Jumaat, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.

Pada 9.16 pagi, kontrak Disember 2025 meningkat 8.5 mata kepada 1,655.0, manakala kontrak Januari dan Jun 2026 masing-masing naik lapan mata kepada 1,658.50 dan 1,644.0. Kontrak Mac 2026 pula menambah enam mata kepada 1,641.0.

Jumlah dagangan berjumlah 1,868 lot, dengan kepentingan terbuka sebanyak 39,190 kontrak.

Sementara itu, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 4.88 mata kepada 1,651.78 selepas 35 minit dagangan, berbanding 1,646.90 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA  

KEYWORDS
    
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2504380