MOSCOW, 19 Dis (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menggantung program loteri kad hijau selepas suspek dalam kejadian tembakan di Brown University didapati memasuki negara itu melalui program berkenaan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik kenyataan Setiausaha Keselamatan Tanah Air AS, Kristi Noem.
"Atas arahan Presiden Trump, saya dengan serta-merta mengarahkan USCIS (Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS) untuk menangguhkan program DV1 (Visa Kepelbagaian) bagi memastikan tiada lagi rakyat Amerika yang dicederakan oleh program yang mendatangkan bencana ini," kata Noem melalui platform media sosial X pada Khamis.
Beliau berkata suspek penembak di Brown University, Claudio Manuel Neves Valente, memasuki AS melalui program itu pada 2017 dan memperoleh kad hijau.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI