PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

22/12/2025 11:09 PM

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 11 mata kepada 1,679.5, Januari 2026 naik 10.5 mata kepada 1,682.50, Mac 2026 menambah 11.5 mata kepada 1,667.0, Jun 2026 menokok 6.5 mata kepada 1,669.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 14,280 lot daripada 8,711 pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka naik kepada 51,755 kontrak daripada 46,114 sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 5.39 mata, atau 0.32 peratus, kepada 1,671.29 daripada 1,665.90 pada Jumaat minggu lepas, yang mana merupakan paras tertinggi intra harinya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2505396