Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan MSM di Bursa Malaysia Derivatives terus melonjak untuk ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas dirangsang oleh jangkaan permintaan minyak sawit yang lebih kukuh, menurut seorang peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan pertumbuhan output yang lebih lembap pada minggu-minggu akan datang turut melemahkan sentimen.
"Kami melihat sokongan pada paras RM3,950 dan rintangan pada RM4,080," katanya kepada Bernama.
Pada penutup, kontrak Januari 2026 meningkat RM37 kepada RM4,010 satu tan, Februari 2026 naik RM47 kepada RM4,030 dan Mac 2026 menokok RM51 kepada RM4,036.
Kontrak April 2026 bertambah RM46 kepada RM4,036 satu tan, Mei 2026 mencatatkan kenaikan sebanyak RM40 kepada RM4,028 dan Jun 2026 adalah RM30 lebih kukuh kepada RM4,012.
Jumlah dagangan melonjak kepada 80,764 lot berbanding 50,781 yang dicatatkan pada Isnin, manakala kepentingan terbuka susut kepada 266,837 kontrak daripada 270,951.
Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan menambah RM30 kepada RM4,030 setiap tan.
-- BERNAMA