AM

Proses Penghantaran Sijil UPKK 2024 Sedang Dilaksana Secara Berperingkat - JAKIM

26/12/2025 12:16 PM

PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) -- Sijil Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2024 telah siap untuk edaran dan proses penghantaran sedang dilaksanakan secara berperingkat ke semua agensi pelaksana KAFA negeri-negeri bagi tujuan edaran kepada sekolah-sekolah.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee bagaimanapun berkata sijil bagi dua negeri iaitu Wilayah Persekutuan dan Selangor masih dalam proses cetakan dan akan disiapkan dalam tempoh terdekat.

“Semua calon UPKK 2024 boleh mendapatkan sijil masing-masing melalui sekolah tempat mereka menduduki peperiksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan pertanyaan daripada ibu bapa, susulan pengumuman keputusan peperiksaan yang dibuat pada 20 Mac lepas.

Sirajuddin berkata slip keputusan fizikal yang diperoleh di sekolah masing-masing sebelum ini adalah sah dan boleh digunakan sebagai dokumen sokongan bagi permohonan kemasukan ke sekolah-sekolah khusus di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2506248