KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari Jumaat selepas ia menjejaki pasaran tunai pendasar.
Pada penutup, kontrak Januari 2026 jatuh 10.0 mata kepada 1,672.5, Februari 2026 susut 7.0 mata kepada 1,675.5, Mac 2026 merosot 10.0 mata kepada 1,658.0 dan Jun 2026 melemah 8.0 mata kepada 1,662.0
Jumlah dagangan meleset kepada 5,344 lot berbanding 8,442 yang dicatatkan pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 38,653 kontrak daripada 42,817 kontrak.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kehilangan sebanyak 10.35 mata atau 0.62 peratus kepada 1,669.76 daripada 1,680.11 yang disaksikan semasa Rabu.
-- BERNAMA