DUNIA

OIC Akan Adakan Mesyuarat Luar Biasa Mengenai Somalia Pada Sabtu

07/01/2026 10:51 PM

JEDDAH, 7 Jan (Bernama-SPA) -- Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengumumkan yang satu mesyuarat luar biasa Majlis Menteri Luar akan diadakan pada Sabtu (10 Jan) bagi membincangkan situasi yang semakin merosot di Somalia.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan mesyuarat itu diadakan susulan perkembangan terkini, khususnya pengiktirafan Israel terhadap apa yang dipanggil “Somaliland” sebagai sebuah negara merdeka, satu tindakan yang dianggap melanggar kedaulatan dan keutuhan wilayah Somalia.

Mesyuarat itu bertujuan merumuskan pendirian Islam yang bersatu terhadap perkembangan itu serta menegaskan semula sokongan tidak berbelah bahagi OIC terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Somalia, selaras dengan konvensyen antarabangsa dan resolusi OIC yang berkaitan.

-- BERNAMA-SPA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2510082