BEIJING, 13 Jan (Bernama-CMG) -- Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping menyeru agar tadbir urus kendiri parti terus diperkasa secara menyeluruh menerusi langkah lebih konkrit dengan piawaian lebih tinggi.
Xi, yang juga Presiden China membuat kenyataan itu semasa berucap pada sidang pleno kelima Suruhanjaya Pusat bagi Pemeriksaan Disiplin (CCDI) ke-20 PKC di Beijing pada Isnin.
Beliau berkata usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan secara tegas bagi menjamin pencapaian matlamat Rancangan Lima Tahun ke-15 (2026-2030).
Xi menegaskan bahawa kempen antirasuah merupakan satu perjuangan besar yang mesti dimenangi, selain menegaskan tiada ruang untuk golongan perasuah bersembunyi.
Beliau turut menekankan keperluan untuk memperbaharui kaedah dan pendekatan untuk membanteras gejala itu dengan lebih berkesan.
Xi menggesa supaya koordinasi antara semua bentuk pengawasan diperkukuh untuk memajukan tadbir urus bersepadu, sambil membina pasukan pemeriksa disiplin yang setia, berintegriti dan bertanggungjawab dalam memerangi rasuah.
-- BERNAMA-CMG