SUKAN

Masters Indonesia 2026: Pang Ron-Su Yin Mara, Jimmy-Pei Jing Kandas

21/01/2026 12:00 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin meneruskan perjuangan dalam saingan Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 di Jakarta hari ini.

Beregu ranking ke-20 dunia itu melepasi pusingan pertama kejohanan berstatus Super 500 berkenaan selepas menewaskan gandingan Thailand, Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsaard 13-21, 21-6, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan.

Menanti mereka di pusingan kedua, sama ada beregu China Guo Xin Wa-Chen Fang Hui atau Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh dari Taiwan.

Sementara itu, perjuangan satu lagi beregu campuran negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing terhenti di pusingan pertama.

Jimmy-Pei Jing tewas kepada gandingan tuan rumah, Dejan Ferdinansyah-Bernadine Anindya Wardana 10-21, 17-21.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2514911