AM

Banjir Di Samarahan Pulih, PPS Ditutup 

27/01/2026 12:12 PM

KUCHING, 27 Jan (Bernama) -- Banjir di bahagian Samarahan pulih sepenuhnya selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi, iaitu PPS Bangunan Masjid Lama, Kampung Seruyuk, ditutup pada 10 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua 37 mangsa banjir daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

PPS yang dibuka semalam itu menempatkan mangsa dari Kampung Seruyuk.

Banjir kali ini ialah gelombang kedua yang melanda Sarawak, selepas situasi sebelum ini pulih sepenuhnya pada 17 Jan lepas.   

-- BERNAMA

 

 

 


 

KEYWORDS
     
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2517223