Pada awal 1990-an, industri penternakan ayam negara pernah berdepan krisis apabila berlaku peningkatan kes kematian ternakan secara tiba-tiba, yang mengancam kestabilan pasaran dan juga keterjaminan makanan.
UPM bekerjasama dengan rakan industri, Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals Sdn Bhd (MVP), iaitu syarikat pengeluar vaksin veterinar terkemuka negara. Semua kredit gambar MVP.
Kesan vaksinasi yang berkesan jelas kelihatan di ladang apabila ayam lebih sihat, membesar dengan baik dan mencapai berat pasaran dalam tempoh disasarkan.
Prof Datuk Dr Mohd Hair Bejo yang ketika itu baru sahaja menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah dalam bidang patologi veterinar di University of Liverpool, United Kingdom, menjadi penyelidik pertama yang mengesan dan melapor kes IBD di negara ini.
Mohd Hair berkata pembangunan vaksin tempatan itu turut berkait rapat dengan usaha bagi menangani isu kebolehrintangan antibiotik atau AMR.
RENCANA
Benteng Awal Keselamatan Makanan: Vaksin Tempatan Yang Mengubah Industri Ayam Negara