PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

05/02/2026 10:58 AM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah hari ini.

Pada 9.32 pagi, kontrak Februari dan Mac 2026 masing-masing turun 1.50 mata kepada 1,745.50 dan 1,725.0. Jun 2026 susut 2.50 mata kepada 1,727.0 dan September 2026 merosot 3.0 mata kepada 1,717.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,172 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 37,663 kontrak.

Pada 9.54 pagi, indeks FBM KLCI turun 1.70 mata kepada 1,741.12, berbanding 1,742.82 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2520287