AM

PM Anwar, KSI Bincang Kerjasama Strategik Selari Agenda MADANI

09/02/2026 05:36 PM

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Potensi kerjasama strategik yang selari dengan agenda Malaysia MADANI khususnya dalam pembinaan negara antara dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI).

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata perbincangan turut menyentuh mengenai pembangunan kepimpinan berintegriti serta kesejahteraan rakyat secara mampan.

“Saya berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada KSI Strategic Institute for Asia Pacific, sebuah organisasi bukan kerajaan yang berperanan sebagai pusat pemikiran strategik di rantau Asia Pasifik,” katanya dalam catatan itu.

Anwar berkata pertemuan dengan KSI juga menjadi ruang penting untuk memperkenalkan misi dan aspirasi badan bukan kerajaan itu dalam memperkukuh pembangunan negara melalui dialog dasar, pemikiran strategik dan inovasi.

“KSI memberi tumpuan kepada dialog dasar, pemikiran strategik serta penganjuran forum-forum ekonomi yang menghimpunkan pemimpin kerajaan, sektor swasta dan pihak berkepentingan berkaitan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2521915