AM

Hujan Berterusan Diramal Landa Sabah Hingga Esok

19/02/2026 02:47 PM

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda Sabah hingga esok, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Menerusi amaran dikeluarkan 2 petang ini, beliau berkata kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2525434