LONDON, 20 Feb (Bernama-PA Media/dpa) -- Andrew Mountbatten-Windsor dilihat meninggalkan sebuah balai polis selepas ditahan kerana disyaki melakukan salah laku dalam jawatan awam berhubung hubungannya dengan pembiaya pedofilia Jeffrey Epstein, lapor PA Media/dpa.
Bekas putera itu dituduh berkongsi maklumat sensitif dengan Epstein ketika berkhidmat sebagai utusan perdagangan United Kingdom (UK).
Andrew dirakam dalam keadaan bersandar di tempat duduk belakang sebuah kenderaan pada Khamis malam ketika meninggalkan balai polis di Norfolk.
-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa