EKONOMI

Rizab Antarabangsa Berjumlah US$128.1 Bilion Pada 13 Mac 2026

19/03/2026 07:09 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$128.1 bilion pada 13 Mac 2026.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras itu memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut BNM, rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (US$112.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas  (SDR) (US$6.0 bilion), emas (US$6.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 billion).

Sementara itu, bank pusat berkata jumlah aset sebanyak RM616.69 bilion, terutamanya emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk SDR (RM519.59 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.75 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.4 bilion), harta tanah dan peralatan (RM4.56 bilion) dan aset lain (RM48.98 bilion).

Dari segi liabiliti, mata wang dalam edaran sebanyak RM187.43 bilion manakala deposit berjumlah RM177.74 bilion, termasuk deposit oleh institusi kewangan (RM115.49 bilion), Kerajaan Persekutuan (RM9.97 bilion) dan lain-lain (RM69.50 bilion).

Modal BNM berjumlah RM100 juta, dengan rizab berjumlah RM196.26 bilion, selain kertas Bank Negara (RM7.67 bilion), peruntukan SDR (RM26.83 bilion) dan liabiliti lain (RM3.13 bilion).

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2536123