GAZA, 28 Mac (Bernama-WAM) -- Konvoi bantuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali lagi tiba di Semenanjung Gaza pada Jumaat sebagai sebahagian daripada Operasi Chivalrous Knight 3.
Konvoi membawa bekalan penting dan bantuan kemanusiaan untuk meringankan keadaan sukar yang dihadapi penduduk, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Konvoi di bawah inisiatif "pakaian harapan untuk anak-anak kita di Gaza" tiba dengan membawa ratusan tan pakaian sekali gus membawa kelegaan dan keprihatinan serta sokongan kepada keluarga yang terjejas.
Konvoi termasuk pakaian dan keperluan asas, disokong oleh pertubuhan kemanusiaan UAE yang meneruskan usaha mereka dan menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza, menegaskan bahawa pemberian tidak berhenti dan sokongan sampai pada mereka yang memerlukan.
-- BERNAMA-WAM