JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Cari Veaknes Tidak Pulang Ke Rumah Sejak 2 April

07/04/2026 03:33 PM

NIBONG TEBAL, 7 April (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai telah keluar dari rumahnya sejak 2 April lepas dan tidak pulang hingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata mangsa G. Veaknes, 38, dilaporkan tidak pulang ke rumah, lalu ahli keluarganya membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai wanita itu diminta menghubungi Ketua Polis Balai Nibong Tebal Insp Mohd Muzamir Ghazali menerusi talian 017-5100056 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu mengesan wanita terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2541995