DUNIA

Lubnan Sebahagian Yang “tidak Dapat Dipisahkan” Daripada Gencatan Senjata - Speaker Parlimen Iran

10/04/2026 08:37 AM

TEHRAN, 10 April (Bernama-MNA) -- Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Ghalibaf berkata Lubnan merupakan bahagian penting dalam gencatan senjata dua minggu dengan Amerika Syarikat (AS), sambil memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran akan membawa padah, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

“Lubnan dan seluruh Paksi Penentangan, sebagai sekutu Iran, merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada gencatan senjata itu,” kata Ghalibaf dalam satu hantaran di X.

“Pelanggaran gencatan senjata mempunyai akibat yang jelas dan tindak balas yang tegas,” kata beliau susulan serangan dahsyat Israel ke atas Lubnan.

-- BERNAMA-MNA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2543173