DUNIA

Lubnan Berhadapan Krisis Keselamatan Makanan Yang Serius-WFP

10/04/2026 11:35 PM

ROM, 10 April (Bernama-Xinhua) -- Program Makanan Dunia (WFP) memberi amaran pada Jumaat yang Lubnan berdepan kemungkinan krisis keselamatan makanan yang serius, lapor Xinhua.

Dalam temu bual bersama Australia's Special Broadcasting Service (SBS), Pengarah Negara WFP, Allison Oman Lawi berkata situasi yang semakin meruncing di Lubnan kini berlarutan selama sebulan. Apa yang bermula sebagai krisis kehilangan tempat tinggal penduduk yang meluas kini berubah menjadi krisis keselamatan makanan yang lebih serius.

“Kami melihat lebih sejuta orang dipindahkan di seluruh Lubnan dan kira-kira 140,000 orang berlindung di pusat perlindungan kolektif serta sekolah,” katanya.

“Mereka mahu hidup dalam keadaan aman dan selamat, mereka mahu dapat menyara keluarga dan memastikan anak-anak mereka tidur pada waktu malam dengan makanan panas yang mencukupi,” katanya.

Lawi berkata WFP akan terus memantau situasi dengan teliti dan bekerjasama dengan kerajaan serta rakan-rakan bagi memastikan keperluan makanan rakyat Lubnan dapat dipenuhi.

-- BERNAMA-XINHUA 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2543555