DUNIA

UK Tidak Akan Sertai AS Sekat Selat Hormuz

13/04/2026 09:12 AM

ISTANBUL, 13 April (Bernama-Anadolu) -- United Kingdom (UK) tidak akan menyertai sekatan Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz, menurut media tempatan susulan kenyataan Presiden AS Donald Trump mengenai perkara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Sky News.

“Kami terus menyokong kebebasan pelayaran dan pembukaan Selat Hormuz, yang amat diperlukan bagi menyokong ekonomi global serta kos sara hidup di dalam negara.

“Selat Hormuz tidak seharusnya dikenakan bayaran," kata jurucakap kerajaan itu.

Pegawai berkenaan berkata London sedang bekerjasama dengan Perancis dan rakan-rakan lain untuk membentuk gabungan yang lebih luas bagi melindungi kebebasan pelayaran.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2544160