KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, didorong optimisme terhadap potensi pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran bagi menamatkan konflik mereka.
Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan pada April 2026 meningkat kepada US$4,868.00 setiap auns troy daripada US$4,800.60 pada Selasa, manakala Mei 2026 naik kepada US$4,887.00 setiap auns troy daripada US$4,819.60.
Jun 2026, Julai 2026 dan Ogos 2026 masing-masing ditutup kepada US$4,905.50 setiap auns troy berbanding US$4,838.10 semalam.
Jumlah dagangan meningkat kepada 23 lot daripada lapan lot semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 89 kontrak daripada 76 kontrak.
Emas fizikal mencecah US$4,794.75 setiap auns troy semasa penetapan pada sebelah petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 14 April, 2026.
-- BERNAMA