AM

Lebuhraya Sungai Nibong Ditutup Empat Jam Isnin Ini

18/04/2026 06:57 PM

GEORGE TOWN, 18 April (Bernama) -- Jalan di Lebuhraya Sungai Nibong berhadapan Kristal Point, di sini akan ditutup sepenuhnya selama empat jam bermula 11 malam Isnin ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja menanggal dan memasang Variable Message Signage/LED Board baharu untuk Jambatan Kedua Sdn Bhd di laluan itu.

“Penutupan penuh Lebuhraya Sungai Nibong melibatkan dari arah Bulatan Bukit Jambul ke Queensbay.

“Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya diminta berhati-hati, memperlahankan kenderaan dan mematuhi papan tanda keselamatan di kawasan terlibat,” menurut kenyataan itu hari ini.

Orang ramai, terutamanya pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan merancang perjalanan dengan sebaiknya.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2546428