DUNIA

FIFA Lancar Fasa Terkini Jualan Tiket Piala Dunia

22/04/2026 06:05 PM

BERLIN, 22 April (Bernama-dpa) -- FIFA akan mengeluarkan kumpulan baharu tiket Piala Dunia lelaki pada Rabu, tepat 50 hari sebelum kejohanan bermula di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Badan induk bola sepak dunia itu memaklumkan peminat boleh membeli tiket bagi kesemua 104 perlawanan Piala Dunia melalui FIFA.com/tickets mulai 1300 GMT. Lebih lima juta tiket telah pun dijual setakat ini.

FIFA berkata tempat duduk di barisan hadapan stadium turut termasuk dalam kalangan tiket yang ditawarkan.

Ini merupakan fasa jualan terakhir, namun FIFA memaklumkan lebih banyak tiket akan terus ditawarkan secara berperingkat sehingga perlawanan akhir pada 19 Julai, bergantung kepada ketersediaan. Kejohanan itu bermula pada 11 Jun.

-- BERNAMA-dpa

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2548110