PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

23/04/2026 09:57 AM

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi di Bursa Malaysia Derivatives pada Khamis.

Pada 9.27 pagi, kontrak April 2026 meningkat 1.5 mata kepada 1,713.50, Mei 2026 naik 1.5 mata kepada 1,714.50, Jun 2026 menambah 3.5 mata kepada 1,715.50, manakala September 2026 menokok 4.0 mata kepada 1,695.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,254 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 34,133 kontrak.

Selepas 34 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 6.41 mata kepada 1,716.80 daripada paras 1,710.39 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2548303