SUKAN

Kejohanan Dunia PSA: Sivasangari Bertemu Rakan Senegara Aira Pada Pusingan Kedua

08/05/2026 10:24 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari mengatur pertemuan dengan rakan senegara Aira Azman pada pusingan kedua Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Giza, Mesir selepas masing-masing mencatat kemenangan hari ini.

Pemain pilihan kelima Sivasangari melakar kejayaan itu selepas menewaskan pemain Perancis Marie Stephan 11-9, 11-6, 11-4 dalam tempoh hanya 21 minit pada aksi pusingan pertama di Palm Hills Sports Club.

Sivasangari seterusnya akan menentang Aira yang berhempas pulas untuk menewaskan pemain Hong Kong Lee Ka Yi dalam pertarungan lima set dengan keputusan 11-8, 10-12, 11-13, 11-6, 11-9.

Perjalanan Noor Ainaa Amani Ampandi bagaimanapun berakhir di pusingan pertama selepas disingkirkan pemain Mesir Hana Ramadan dalam satu perlawanan sengit dengan keputusan 11-9, 9-11, 11-5, 9-11, 9-11.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2554755