KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini.
Pada 9.25 pagi, kontrak Mei 2026 menurun 11.5 mata kepada 1,741.5, Jun 2026 merosot 11.0 mata kepada 1,741.0, September 2026 berkurangan 8.5 mata kepada 1,724.0 dan Disember 2026 menyusut 10.0 mata kepada 1,724.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,822 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,564 kontrak.
Pada 9.42 pagi, FBM KLCI menurun 6.62 mata kepada 1,738.96 daripada 1,745.58 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA