KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda hari ini.
Anwar menerusi hantaran di Facebook turut menitipkan doa agar Tunku Mahkota Ismail sentiasa dilimpahi rahmat, keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keafiatan yang berpanjangan serta rahmat dan lindungan-Nya kepada baginda.
"Patik mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan Duli Yang Amat Mulia Tunku keafiatan yang berpanjangan, sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya serta terus dikurniakan kebijaksanaan dalam memayungi Negeri Johor Darul Ta’zim dan Bangsa Johor," katanya menerusi hantaran di Facebook.
-- BERNAMA