AM

PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT KE MAJLIS RAMAH MESRA PDRM KONTINJEN JOHOR

23/06/2024 07:43 PM

JOHOR BHARU, 23 Jun (Bernama) -- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Baginda diiringi Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta paduka anakanda.

Pada majlis berkenaan, baginda dipersembahkan dengan pertunjukan motosikal berkuasa tinggi serta demonstrasi Unit Anjing Pengesan (K9).

Turut dipersembahkan demonstrasi Kawalan Rapat Keselamatan dan Pengeluaran Orang Kenamaan (VVIP) oleh Unit Tindak Khas Pasukan Gerakan Khas dan payung terjun Pasukan Gerakan Khas 69 Komando PDRM. 

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan